MESYUARAT PIBG SMK PADANG MIDIN KALI KE-36 (2014)

22 Februari 2014 - Mesyuarat PIBG kali ke-36 telah berlangsung di Dewan Setia Budi SMK Padang Midin. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan / Speaker DUN Terengganu, Tn Hj. Mohd Zubir Bin Embong.








WATIKAH ENAM DALAM SATU

17 FEBRUARI 2014 - Majlis  Watikah Enam dalam Satu (Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Skuad Bersih, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan) 2014 telah berlangsung di Dewan Setia Budi SMKPM. Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg. Tn. Hj. Matsor bin Ismail, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SMK Padang Midin, En.Jusoh bin Ismail.






MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN DAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2014

9 FEBRUARI 2014 - Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Watikah Pengawas 2014 telah berlangsung di Dewan Setia Budi SMKPM dengan jayanya. Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Seri Ismail bin Ahmad, Ketua Pengarah JPJ Malaysia yang juga merupakan Alumni SMK Padang Midin. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pihak JPJ Terengganu, pihak JPNT dan juga YDP PIBG SMK Padang Midin, En. Jusoh bin Ismail.