minit mesyuarat agung PIBG 2012




             

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG MIDIN
21400 KUALA TERENGGANU

PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 34 TAHUN 2012

                                    Tarikh        :     24 Mac 2012 (Sabtu)
                                    Masa          :     8.00 pagi – 12.00 tengahari
                                    Tempat                  :     Dewan Setia Budi
                                                            SMK Padang Midin
                                    Perasmian :     YB. Hj Alias bin Abdullah A.M.T
                                                            Adun Kawasan Alur Limbat
Kehadiran AJK PIBG

1.         En. Jusoh bin Ismail P.J.K                                  Yang Dipertua
2.         En. Mohamad bin Latef P.J.K                              Naib Yang Dipertua
3.         Pn. Hj Saedah binti Mohamad                           Setiausaha Kehormat
4.         Pn. Wan Suriati binti Wan Ibrahim                     Ahli Jawatankuasa
5.         En. Isa bin Salleh                                                  Ahli Jawatankuasa
6.         Pn. Zubaidah binti Boto’                                       Ahli Jawatankuasa        
7.         En. Rozali bin Jaafar                                             Ahli Jawatankuasa
8.         En. Muhammad bin Salleh                                  Ahli Jawatankuasa                    
9.         En. Nik Abdul Khalil bin Nik Mustafa                 Ahli Jawatankuasa

Agenda :

1.              Aluan Pengerusi
2.              Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33
3.              Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG Sesi 2011/2012
4.         Membentang dan menerima Penyataan Kewangan PIBG Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011    
5.         Perbahasan Usul
6.         Pembubaran AJK PIBG SMK Padang Midin sesi 2011/2012
7.         Pemilihan AJK PIBG SMK Padang Midin sesi 2012/2013
8.         ucapan penangguhan

1.         Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran AJK PIBG, guru-guru dan para ibu bapa ke majlis perasmian dan mesyuarat Agung PIBG kali ke - 34 kehadiran ibu bapa pada hari ini amatlah dihargai.  Ini menunjukkan tanda sokongan dan kerjasama ibu bapa terhadap pihak sekolah.  Pengerusi berharap mesyuarat pada ini mendapat keberkatan daripada Allah dan medan kepada ibu bapa menyuarakan idea ataupun pandangan demi kebaikan anak-anak di sekolah ini.  Pengerusi membuat pengumuman bahawa pihak sekolah akan mengadakan motivasi untuk pelajar tingkatan 5 dan 6 pada hari Jumaat (30/3/2012) dan Sabtu (31/3/2012).  Ibu bapa pelajar dijemput hadir bersama-sama anak-anak mereka pada hari Sabtu (31/3/2012).  

2.         Membentang dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung Kali Ke – 33

Pn. Hajah Saedah binti Mohamad selaku Setiausaha Kehormat membentangkan peringatan mesyuarat Agung PIBG ke – 32 pada 25 Mac 2011.

Pn. Salmah binti Awang Hamat   mencadangkan agar Peringatan Mesyuarat Agung kali ke – 33 disahkan dan disokong oleh Ustazah Khatijah binti Dibok.
                       
3.         Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG bermula Mac 2011 hingga    Mac 2011

3.1               Pn. Hajah Rohani binti Ahmad mencadangkan agar laporan aktiviti tersebut diterima.
3.2               Cadangan disokong oleh En. Mohd Ali bin Nawawi.

4.         Membentang dan menerima Laporan Kewangan Berakhir 31 Disember 2011

4.1               Pn. Wan Suriati binti Wan Ibrahim selaku penolong bendahari membentangkan Laporan Kewangan PIBG Sesi 2011/2012 dari 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011.

4.2       En. Nik Mahadi bin Mohd Zawawi mencadangkan laporan kewangan diterima dan cadangan disokong oleh Pn. Rohani binti Ahmad.

5                    Perbahasan Usul

Setiausaha kehormat membentangkan usul yang dikemukakan dalam mesyuarat Agung Kali Ke -34

5.1          Bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 34 yang bersidang pada hari ini bersetuju memohon untuk membuat pindaan perkembangan tahun 1973 Jadual Pertama bilangan 1(5) berkaitan bilangan AJK PIBG daripada 5 orang kepada 11 orang berdasarkan peraturan pendidikan (persatuan Ibu Bapa – Guru Tahun 1998). 
Usul diterima sebulat suara.

5.2              Bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 34 yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk mendapat keputusan daripada mesyuarat Agung PIBG SMK Padang Midin mengambil ketetapan sumbangan PIBG sesi persekolahan 2012 adalah seperti berikut:-

BIL
PERKARA
TING 3, 5 &         6 ATAS
TING. 1, 2, 4 &         6 BAWAH
1.
PROGRAM KECEMERLANGAN
RM50.00
RM30.00
2.
SURAU*
RM  5.00
RM  5.00
3.
MAJALAH*
RM15.00
RM15.00
4.
SUMBANGAN PIBG*
RM30.00
RM30.00

JUMLAH
RM100.00
RM80.00

            Nota* Bagi satu keluarga

5.3.      Bahawa mesyuarat Agung PIBG kali ke – 34 yang bersidang pada hari ini bersetuju memohon kepada Yayasan Terengganu agar bayaran RM1000.00 kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 dipercepatkan bagi manfaat pelajar. 
Usul diterima sebulat suara.

5.4.      Bahawa mesyuarat Agung PIBG kali ke – 34 yang bersidang pada hari ini bersetuju agar yuran tahunan untuk Badan Pewaris dikekalkan sebanyak RM30.00 setahun. 
Usul diterima sebulat suara.

5.5       Usul dari ibu bapa iaitu En. Kamarudin Bahari bin Mohd Amin mengusulkan agar mesyuarat pada hari ini bersetuju memohon kepada kerajaan agar membina sebuah jejantas untuk kegunaan dan keselamatan pelajar. 
Usul ini mendapat beberapa pendapat iaitu:-

5.5.1    En. Ariffin bin Abdullah menyatakan pembinaan jejantas melibatkan kos yang besar dan wang ini boleh digunakan untuk serta boleh membaiki surau yang uzur menimbulkan masalah social.  Oleh itu lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang diperolehi tambahan pula di depan pintu pagar sekolah sudah ada lampu isyarat untuk kemudahan pelajar melintas.

5.3.2    En. Mohd bin Latef memohon pandangan daripada ibu bapa kerana usul ini yang memberi lebih kebaikan kepada murid dan sekolah.  Beliau memohon mandat untuk AJK PIBG mengkaji pro dan kontra kesan pembinaan jejantas.

5.3.3    En. Nik Mahadi bin Zawawi bersetuju dengan pendpat En. Ariffin bin Abdullah dengan menyatakan “Zebra crossing” dan lampu isyarat lebih bersesuaian untuk kegunaan pelajar melintas berbanding pembinaan jejantas.  Pembinaan jejantas melibatkan kos yang besar sedangkan pelajar yang menggunakannya adalah sedikit. 

5.5.4    Mesyuarat memutuskan agar usul ini diserahkan kepada AJK untuk memperhalusi dan mengambil tindakan

 6.         Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2012/2013

6.1              Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2011/2012

6.2       YDP PIBG dipilih sebagai Pengerusi mesyuarat untuk pemilihan AJK PIBG sesi 2012/2013

7                    Pemilihan AJK PIBG Sesi 2012/2013

JAWATANKUASA PIBG SESI 2012/2013

Yang Dipertua             :           En. Jusoh bin Ismail
Naib Yang Dipertua     :           En. Mohamad bin Latef
Setiausaha kehormat  :                                                           ditentukan oleh pihak
Bendahari Kehormat   :                                                           sekolah

Ahli Jawatankuasa (ibu bapa) sesi 2012/2013

En. Ariffin bin Abdullah
En. Ramli bin Sulong
En. Hashim bin Abdullah
En. Nik Mahadi bin Mohd Zawawi
Tn. Hj Mohd Nawawi bin Rani
Pn. Zubaidah binti Boto’

Ahli Jawatankuasa (guru) dan pemeriksa kira-kira 1 & 2 diserahkan kepada pihak sekolah.

8. Ucapan penangguhan

8.1       En. Abd Wahab bin Sidek mencadangkan pihak sekolah mengadakan kelas tambahan untuk kelas lemah dan sederhana, di samping kelas tambahan untuk kelas elit bagi pelajar tingkatan 3, 5 dan 6A.  Beliau juga bersetuju usul jejantas dibina dengan reka bentuk yang sesuai, misalnya Jejantas tidak bertembok sepenuhnya untuk kegunaan dan keselamatan pelajar.

8.2       PK Pentadbiran iaitu Pn. Hjh Asmah binti Mohamad menjelaskan bahawa kelas tambahan telah dilaksanakan di semua peringkat pencapaian pelajar sama ada untuk kelas elit, sederhana ataupun harapan.  Selain itu, kelas tambahan juga diadakan untuk kelas bukan peperiksaan (tingkatan 1, 2, 4).  Kelas tambahan diadakan pada setiap hari selepas waktu persekolahan kelas tambahan pada hari Sabtu, kelas malam PIBG dengan bayaran RM5.00 bagi satu subjek.

Beliau juga menjelaskan bahawa pengetua telah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa pelajar kelas sederhana dan galus seramai 80 orang pelajar.  Malahan selepas peperiksaan percubaan, pelajar yang mendapat markah kurang daripada 30 markah dikehendaki mengambil semula peperiksaan percubaan di dalam dewan.

Pihak sekolah juga telah menghantar surat kepada APMT dan MAIDAM untuk memohon sumbangan dana sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan gred purata sekolah.  Beliau juga berharap ibu bapa dapat memastikan anak-anak dapat hadir ke sekolah semasa kelas masa cuti penggal 1.  Ini berikutan pihak sekolah  telah mengadakan kelas tambahan pada hari Ahad (18/3/2012) bagi pelajar yang gagal hadir ke kelas tambahan pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin.

8.3       Pn. Salmah binti Awang Hamat mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang diberi mandat dan baru dilantik serta berjaya mengadakan mesyuarat PIBG pada hari ini.  Beliau juga mengucapkan sekalung tahniah kepada pengetua SMK Padang Midin kerana di bawah pimpinannya, sekolah telah dapat meningkatkan prestasi sekolah.  Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah dan guru-guru yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan pelajar disekolah ini.


8.4       En. Mohamad bin Latef mengucapkan terima kasih beliau atas mandat dan kepercayaan yang diberi, beliau telah dilantik sebagai AJK PIBG sejak 2005 lagi sehingga sekarang.  Beliau juga berjanji akan berusaha untuk membantu pihak sekolah.  Sekalung tahniah juga diberikan kepada YDP PIBG yang berjaya membolehkan pengurusan PIBG dicalonkan ke peringkat kebangsaan.  Beliau, seterusnya mengucapkan tahniah kepada YDP yang masih lagi diberi mandat untuk mengetuai PIBG sekolah ini, dan juga AJK baru yang sama-sama akan membantu PIBG sekolah.

Akhir sekali, beliau membuat pengumuman bahawa alumni SMK Padang Midin telah ditubuhkan pada 16.3.2012 dan ibu bapa yang bekas pelajar sekolah ini boleh berdaftar dengan Cikgu Rusnani binti Jusoh.

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.10 tengah hari.



Disediakan oleh,                                                                     Disemak oleh,



………………………………..                                              …………………………………………….
(MERINA BINTI ABDUL MANAF)                                      (Hajah Saedah binti Mohamad)   
Pencatat Minit Mesyuarat                                                     Setiausaha Kehormat PIBG
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34                                        SMK Padang Midin
SMK Padang Midin                                                               Kuala Terengganu.
Kuala Terengganu.

ALBUM AKTIVITI PIBG 2012


HIMPUNAN GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG BULAN JANUARI - APRIL 2012 ANJURAN BERSAMA PIBG SMK PADANG MIDIN

Program skor 'A' dalam genggaman pelajar PMR, SPM dan STPM pada 5 Mac 2012 bertempat di Dewan Setia Budi SMKPM

Program ini telah mendapat pembiayaan daripada penyelaras DUN Bukit Payung yang telah diusahakan dan dibantu oleh PIBG sekolah untuk mendapat sumber kewangan bagi membolehkan program ini dilaksanakan dengan jaya dan cemerlangnya

Program jelajah Sabah oleh anggota PIBG pada 13 Mac-16 Mac 2012


Program Keindahan Bersama Mu( Anjuran bersama PIBG, Kelab Pra-U dan Projek SPM yang telah dilaksanakan pada 30Mac hingga 31 Mac 2012


Program Keindahan Bersamamu ini telah sumbangan daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT)




YDP PIBG bersama dalam Program Mentor Mentee pelajar PMR dan SPM pada 27 Mac 2012


 Program Mentor-Mantee untuk pelajar Primier tingkatan tiga dan tingkatan lima telah mendapat sumbangan daripada MAIDAM dimana sumbangan ini telah diusahakan oleh PIBG sekolah

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG SMKPM pada 24 Mac 2012





 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 telah diadakan pada 24 Mac 2012. Ianya adalah sebagai mematuhi Peraturan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Alias bin Abdullah iaitu ADUN kawasan Bukit Payung dan ianya juga sebagai mematuhi Peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Dalam mesyuarat tersebut telah diadakan pemilihan AJK bagi sesi 2012/2013. Dimana AJK ibubapa baru yang telah dipilih iailah :
1. En. Ariffin bin Abdullah
2. En. Nik Mahadi bin Mohd Zawawi
3. En. Ramli bin Sulong
dan AJK lama yang dikekalkan pula ialah :
1. Tn. Hj. Mohamad Nawawi bin Rani (AJK)
2. En. Mohamad bin Latef
3. Pn. Zabidah binti Boto'



Pelancaran Bulan Disiplin



Yang Di Pertua PIBG turut sama menjayakan Program Pelancaran Bulan Disiplin yang berlangsung pada 25 Mac 2012 bertempat di Dewan Setia Budi SMKPM