SEJARAH PENUBUHAN PIBG SMK PADANG MIDIN
Pada tanggal 16 Januari 1974,
Persatuan Ibu bapa dan Guru SM Padang Midin telah ditubuhkan dan didaftarkan
secara rasmi di bawah Kaedah-Kaedah Persatuan Ibu bapa – Guru-Guru 1973 dan
diberi nombor pendaftaran 007(SMK). Pendaftaran ini adalah berlandaskan kepada
syor dalam Laporan Aziz yang telah dikemukakan pada tahun 1971. Pada tahun
pertama penubuhannya, PIBG SM Padang Midin dipimpin oleh Yang Dipertua PIBG
yang pertama iaitu En. Wan Jaafar Bin Hj. Muda serta dibantu oleh 8 orang Ahli
Jawatankuasa. Bilangan ahli ketika itu adalah seramai 1365 orang. Berpaksikan
motto “Bersama Menunaikan Amanah”, Persatuan Ibu bapa dan Guru SM Padang Midin
sentiasa menjaga dan melindungi kebajikan pelajar dan guru-guru di samping
memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah dari segi akademik, kokurikulum
dan sahsiah.